Life Kahwin Muda


Settle menyental , menyapu , mengemas semua. Kadang2 dia mai mood rajin , kadang2 terlebih rajin sangat. dah alang2 terlebih rajin ni update sekali lah . Bukan apa saja nak cerita sikit pasal life orang kahwin muda mcm akak ni , seriusly bila dah lalui semua ni baru faham , baru dapat rasa susah senang, naik turun hidup laki bini mcm mama dgn abah lalui utk besarkan akak dulu. even skarang ni takda anak lagi.

Kita jgn expect kahwin ni senang then fikir nak seronok saja. Lagi paling penting jgn expect yg bila hg dah kawin , hg akan dapat apa yg hg nak . ala mcm dalam drama pukul 7 tu , dapat kawen dgn laki kaya , anak dato , anak toke balak yg hensem2 baru habis study dah siap ada  bmw , ferari , sport cars bagai tu . Bila dah kawin hg expect akan dapat rumah banglow fully furnished . melainkan hg kawin dgn org kenamaan mcm kat atas tu . hg boleh start berangan sampai kelangit.

Tapi kenyataan nya hg kawin dgn orang biasa saja , so dari situ kena belajar hidup berdikari. Macam akak, dah kawin setahun dah, dikategorikan kawin muda yelah habis spm terus kawin . Nak diceritakan lagi husband pun still belajar and tak habis lagi masa planning nak kawin tu, then dalam seminggu final exam habis terus nikah. mula2 serabut jugak fikir pasal duit apa semua utk kawin ni , tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan nikah semua. sampai lah boleh buat kenduri utk dua dua belah pihak.

And selepas nikah tu bermula lah hidup laki bini , dulu menumpang rumah mertua sbb time tu husband tengah praktikal lagi , so rumah kampung dekat dgn tempat praktikal. terpaksa ikut juga then sampai satu tahap tu dah tak tahan stay situ , bukan apa , kdang2 ni ada jugak org cemburukan kita , jgn terkejut kalau darah daging sendiri yg cemburukan dan sakit hati dgn kita , yalah kita ni kan orang luar . dia punya perangai kipas tu sampai buat kami laki bini menangis teresak-esak , sebab perkataan perkataan yg keluar dari mulut tu aku takkan lupa sampai aku mati . opps teremosi pulak. since tu dah bertekad takkan jijak kaki kat tempat tu. tapi tulah , akak ni sebagai wife taknak biarkan husband jadi anak derhaka so , terpaksa buang tekad tu dan ikut cakap laki even hati akak dah hancur , perkataan tu terpahat dalam hati sampai sekarang.

Last buat keputusan nak tinggal sendiri , time tu ekonomi dgn tak kukuh sbb husband baru habis praktikal and baru start kerja , hg bayangkan seribu utk sebulan cukup ke? dgn nak bayar duit kereta , tu pun bayar half sbb mak mertua tolong . yelah sbb keta tu bukan husband punya , keta tu mak yg punya , tapi mak bagi guna sbb faktor kerja husband , yalah sapa tak sayang anak kan , lagi lagi anak bongsu dia. then duit sewa rumah lagi , tu tak termasuk dgn barang2 harian lagi. tapi Syukur sangat Allah bagi rezeki tak putus. Nak kata sampai tak cukup makan tu tak la. sbb tu akak ckp bila dah kawin hg jgn expect dapat rumah fully furnished melainkan hg kawin dgn anak dato . dulu mula2 masuk rumah sewa , kami laki bini beli toto saja utk alas tidur, dgn tv apa semua takda. yg ada kipas syiling saja . Tapi takpa still boleh hidup jugak , dulu masa akak kecik , akak pun orang susah jugak . pernah rasa susah ni mcm mana. tapi mama tetap bela sampai besar macam ni dgn ada adik lagi 2 orang. Boleh ja kami hidup anak beranak . Itulah orang cakap bersusah susah dahulu , bersenang kemudian. Bukan nak angkuh tapi bersyukur sangat skrg dapat beli keperluan satu persatu even bukan sekali gus . bukan orang senang kan.

Sebab tu akak tak mengeluh sbb dapat hidup macam ni , tak kisah . Yg penting dapat rasa susah senang bersama . Skrg ni husband pun dah naik pangkat dan dah grad , Alhamdulillah . Semoga akak terus kuat utk hadapi hari hari akan datang , semoga akak kuat dan tabah macam mama . And lagi satu nak ckp , semoga husband tak lupa siapa yg ada dgn dia masa dia susah, siapa yg bagi semangat kalau bukan isteri . tak dinafikan doa dan restu ibu jugak penting .

Sorry sebab panjang , dah rasa macam novel pulak . Thanks pada yg sudi baca 😘
I'm Sorry , I can't Be Perfect ♥

0 Orang syg Eira ♥:

 
♥ Bonjour ϟ | Follow or Dashboard